Selasa, 29 Januari 2013

:: HOHOHO SUAMIKU KAH ITU??? ::



Coretan ini saya share adalah untuk Peringatan kepada saya sendiri dan rakan2 semua:

Ini kirteria suami yang perlu kaum hawa cari.....dan juga

Ini juga kriteria perlu kepada kaum adam (yang bujang atau sudah berkahwin ) supaya menjadi lelaki yang berjaya.....


Kata Ustaz Azhar Idrus:

Suami adalah pelindung isteri. Ramai kita para suami tidak melaksanakan tugas ini. Suami bukan cari makan saja. Kalau carimakan saja bukan suami namanya.

Suami yang sejati adalah SECURITY GUARD, pengawal keselamatan isteri....


Suami yang sejati, kalau orang datang hendak culik isteri, dia akan sanggup lawan sampai mati.

Suami yang sejati, kalau harimau terkam isteri, dia akan terkam balik kepada harimau itu.

Suami yang sejati, kalau buaya nak baham isteri, dia akan terjun ke atas buaya itu. Samada dia mati atau tidak, itu soal lain, sebab dia security guard isteri. Dia akan lindung isteri dia.

Ada ke suami macam tu? Yang ramainya bila tengok isteri jatuh sungai, walaupun takde buaya pon, hanya menjerit "tolong! tolong!" sampai isterinya terus lemas.

Susah nak cari suami macam ni. Baru kita sedar yang kita ni ramainya suami CAP AYAM hihihi...




:: 30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA ::

Wahai wanita di luar sana.. janganlah kita jadi segelintir wanita yg di murkai Allah.. Mohonlah keampunan di suami dan juga ahli keluarga selalu. semoga apa yg saya share ni dpt menambah ilmu pengetahuan anda. ^_^



1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram (insyaAllah takkan berlaku)
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya (alamak,kena usaha lg)
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram (tak suka salam dgn lelaki..haramm..)
15. Menyerupai lelaki (tak mungkin)
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain (oo..tak boleh rupanya)
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan (keluar rumah mesti ada keperluan)
19. Masuk permandian awam (elakkanlah, bahayaa..)
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah (meroyan ke?)
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal (mmg aku tak percaya)
25. Menyumpah anak-anak sendiri (harap2 tak)
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama Muslim
27. Menganiaya pembantu (takdok pembantu)
28. Mengganggu jiran (tak pernah ganggu pn)
29. Minta cerai kerana suami sakit (minta dijauhkan)
30. Minta cerai kerana suami bernikah lagi (minta dijauhkan)




:: 8 PERKARA YANG PERLU DI ELAKKAN SEMASA MENGANDUNG ::

Assalamualaikum... hah, pagi ni nak share isu ibu mengandung. Sebenarnya banya perkara yg perlu dielakkan masa ngandung ni. Ada yang betul ada gak yg tak. Tak pasti la pulak kan.. hehehe.. masa saya ngandung dulu tak ikut sangat... semua main belasah jer...yela kandungan pertamakan. Tak taw apa2. hohoho OK la... rasanya dah mula nak mencoret ni...jum baca apa perkara² yg perlu di elakkan masa mengandung.



* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa/angkat barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.


Hah..berguna tak?? masa saya ngandung tu... memang teruk la. Ruam2 kat badan , muka berminyak n berjerawat. Tapi dah bersalin semua tu ilang sendiri. hihihi tapi bab durian tu.. nyum nyum tak leh la lepas.. memang nyaman (sedap) di cekik. hohoo..olryte. dah penat ni. ada masa saya agi lagi info2 tuk korang baca k.




Isnin, 28 Januari 2013

:: PETUA DI DAPUR 1 ::

assalamualaikum..... ari ni nak pula share tentang petua2 di dapur. Mesti ramai yg tak tahu kan...hihi ok lah ni   nak kongsi la ni... jum baca...


1. CARA MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT
Nasi yang berbau hangit memang tak sedap nak di makan kan...tapi jangan pula terus di buang. Ambil sedikit kelapa parut, ikat dgn kain puti lalu timbus di dlm nasi tadi. Slow kan api, dgn cara ni nasi dpt di masak dgn sempurna dan boleh lah di makan.

2. MELEMBUTKAN CUCUR
Selalunya bila masak cucur tu, sometime ada yg lembik n ada gak yg keras. Kalau anda nak cucur yg lembut sesudah di masak walaupun dlm tempoh yg lama. Anda bole ikut petua ni; Masa nak bancuh adunan tu, anda bolehlah gunakan air suam. Then, goreng mcm biasa. Cucur tetap lembut wlaupun dah sejuk. Cubalah sendiri!

3. CARA MUDAH MENYIMPAN UDANG TAHAN LAMA
Sekiranya peti sejuk anda di rumah atau di restoran rosak, mesti jadi satu masalahkan untuk menyimpan makanan basah, khususnya udang. Tapi anda jangan risau, saya nak share petua ni. Mula² basuh udang tu bersih² dan toskan hingga kering airnya. Then gaulkan udang tadi dengan gula pasir dan simpan di dalam bekas yang tertutup rapat. Nak tahu satu rahsia, udang akan tetap segar walaupun di simpan selama 2 hari.

4. MENGOPEK KERANG DENGAN MUDAH
Bagi penggemar kerang, korang mesti sakit2 jari kan masa nak kopek kerang tu. Untuk memudahkan korang kopek kerang, mcm ni caranya. Masa nak masak kerang tu, campurkan seudu minyak masak ke dalam rebusan. Nascaya kerang akan terbuka sediri, jadi mudahlah untuk anda mengopeknya nanti.


hurmmm.. penat juga menaip ni. oklah, cukup dulu petua ni. nanti- nanti sambung lagi. hehehehe selamat mencuba!

Ahad, 27 Januari 2013

:: DIY **AWET MUDA CARA MUDAH** ::

as'salam... nak kongsi lagi ni info yang selalu di amalkan dlm kehidupan seharian. Mungkin ramai yg x tahu sebenarnya apa yg kita buat setiap hari tu adalah cara untuk membuatkan kita awet muda. Mudah saja, tak perlukan kos yang mahal.



Caranya;

1. Bangun pagi ( setiap hari ) -> Minum segelas air suam 30minit sebelum mandi.

2. Makanan (4 @ 5 kali seminggu ) -> Makanlah buah-buahan tempatan dan ulam-ulaman.

3. Masker ( sekali seminggu ) -> Boleh baca di sini. ( cara membuat masker )
http://honeybun-beauty2u.blogspot.com/2013/01/diy-mudah-murah-masker-pencerah-wajah.html

4. Sebelum dan Sesudah Makan -> Minum air suam 1jam sebelum mkn DAN minum 2 gelas air suam 2jam sesudah mkn.

5. Wajib basuh muka!! -> 5x sehari. ( boleh cuba dengan air ais batu - 1x sehari )

6. Sebelum tidur malam -> Basuh muka anda dan minum segelas air suam.


Selamat mencuba!!!

:: DIY = MUDAH & MURAH **MASKER PENCERAH WAJAH** ::

as'salam.. hah... masa santai² hujung minggu ni, kalau korang xda apa nak di buat jom cantikkan muka. Mudah saja, MALAM NI DAH BOLEH GUNA. ^_^

Bahan²;
1 sudu mkn perahan lemon atau limau nipis
1/3 cwn susu segar ( 3 S.M susu tepung yg di bancuh pun blh )
kapas muka



Cara² nya; 
1. Campurkan perahan jus lemon/limau nipis ke dalam  susu segar. 
2. Sebatikan ia dan sapu pada wajah menggunakan kapas muka. 
3. Biar selama 15-20 minit.
4. Kemudian boleh cuci wajah seperti biasa. 

**Selepas wajah dibersihkan, oles krim malam dan bolehlah masuk tidur seperti biasa. 

**Anda pasti merasai perbezaannya apabila bangun pagi. 

**Hasilnya, wajah lebih bersih, segar dan cerah. Cubalah!

INI KERANA::

**Kandungan asid sitrik yg terdapat di dalam jus yang bergabung dengan asid laktik dalam susu akan mengangkat sel2 kulit mati. 

**Manakala protein susu akan melembabkan kulit secara semulajadi. 

**Vitamin C dalam jus lemon juga membantu merawat kulit yang berjerawat dan mengaktifkan sel² kulit baru. 

**Amalkan masker ini seminggu sekali, pada waktu malam. 

**Kenapa? Sebab pendedahan kepada cahaya matahari selepas rawatan pencerahan kulit akan membuatkan kulit sensitif. 

**Sama situasi nya jika anda membuat rawatan laser/spa/salon, selepas rawatan pencerahan, cahaya matahari perlu dielakkan.

**Amalkan 1x seminggu.


:: 11 CARA UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT ::


Nak kongsi tip sihat...hehehe saya pun tengah berusaha untuk menurunkan berat badan.
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

**7 M UNTUNK WANITA SOLEHAH**

aSSaLaMuaLaiKuM...hurm saya nak kongsi ilmu sikit pasal ke untungan wanita di dunia ni.. Mudah untuk menjadi wanita solehah, tapi susah juga untuk memilikinya. Semua itu ada di tangan anda.. Mudah-mudahan di bukakan pintu hati kita untuk menjadi wanita yg lebih soleh. Amin.... JOM BACA;



1.MUSYARAKAH
Seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri...

2.MURAKABAH
Menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri...

3.MUHASABAH
Sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya...

4.MUAKOBAH
Sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna...

5.MUQARRABAH
Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t...

6.MUJAHADAH
Berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri...

7.MUARABAH
Cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri...

:: SUDUT RENUNGAN **KERANA DIA SEORANG IBU** ::


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.

Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan.

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.

“Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

”Tak mungkin,” balas si ayah. “

Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.

” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.

“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.

Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/S:: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama.

Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang.

Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.

:: 5 RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU ::


" Cintai isterimu ..apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK MEMBUANG BINTIK HITAM DI WAJAH

Kebiasaannya, bintik2 hitam dan putih sering berlaku kepada mereka yang memiliki kulit berminyak, akibat pori2 tersumbat dengan sabum dan terlekat pada umbi reroma halus pada liang roma kulit kita. 

Jika terlalu banyak tentu nya wajah kelihatan kusam dan pori2 terbuka tampak lebih besar/jelas. 

Mencuci wajah dengan sabun pembersih sahaja agak sukar menghilangkan bintik2 hitam ini.

Maka, anda boleh cuba kaedah mudah ini di rumah. Lakukan pada waktu lapang anda. 

Bahan;
1 biji telur
kapas muka

Caranya; 

1) Ambil sebiji telur (cairan putihnya sahaja) dan celup/basahkan kapas muka yang bersih pada nya (belah dua atau 3 dari sekeping kapas muka agar ia lebih nipis dan cepat kering). 
2) Lekatkan ia pada hidung atau keseluruhan wajah dan biarkan ia kering dengan sempurna. Kemudian tarik ia seperti menarik topeng muka. 
3) Pastinya jika dibuat dengan betul, bintik2 hitam/putih serta kotoran lain akan melekat pada kapas tersebut. 
4) Bersihkan sisa kapas dan putih telur dari wajah kemudian sapukan pelembab seperti biasa. 

**Jika anda berkulit kering, gantikan putih telur dengan kuning telur. 
**Wajah pastinya lebih lembab dan segar. 
**Lebih baik jika sapukan air batu selepas cuci muka.

Mudah bukan? Amalkan seminggu / 2 minggu sekali untuk wajah sihat berseri.... Hasilnya, wajah lebih bersih, lembut dan halus.

Selamat mencuba ^_^

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN AIR KOSONG

**Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

**Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

**contoh pengiraan: 
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ct perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

**Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.

**contoh: 
Ct minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ct perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.

**Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. 


**Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil

**500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

^^Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
**Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.

**Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.

**Mengatasi masalah sembelit dan buasir.


Cubalah sendiri, pasti korang akan rasa perubahannya.