Isnin, 28 Januari 2013

:: PETUA DI DAPUR 1 ::

assalamualaikum..... ari ni nak pula share tentang petua2 di dapur. Mesti ramai yg tak tahu kan...hihi ok lah ni   nak kongsi la ni... jum baca...


1. CARA MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT
Nasi yang berbau hangit memang tak sedap nak di makan kan...tapi jangan pula terus di buang. Ambil sedikit kelapa parut, ikat dgn kain puti lalu timbus di dlm nasi tadi. Slow kan api, dgn cara ni nasi dpt di masak dgn sempurna dan boleh lah di makan.

2. MELEMBUTKAN CUCUR
Selalunya bila masak cucur tu, sometime ada yg lembik n ada gak yg keras. Kalau anda nak cucur yg lembut sesudah di masak walaupun dlm tempoh yg lama. Anda bole ikut petua ni; Masa nak bancuh adunan tu, anda bolehlah gunakan air suam. Then, goreng mcm biasa. Cucur tetap lembut wlaupun dah sejuk. Cubalah sendiri!

3. CARA MUDAH MENYIMPAN UDANG TAHAN LAMA
Sekiranya peti sejuk anda di rumah atau di restoran rosak, mesti jadi satu masalahkan untuk menyimpan makanan basah, khususnya udang. Tapi anda jangan risau, saya nak share petua ni. Mula² basuh udang tu bersih² dan toskan hingga kering airnya. Then gaulkan udang tadi dengan gula pasir dan simpan di dalam bekas yang tertutup rapat. Nak tahu satu rahsia, udang akan tetap segar walaupun di simpan selama 2 hari.

4. MENGOPEK KERANG DENGAN MUDAH
Bagi penggemar kerang, korang mesti sakit2 jari kan masa nak kopek kerang tu. Untuk memudahkan korang kopek kerang, mcm ni caranya. Masa nak masak kerang tu, campurkan seudu minyak masak ke dalam rebusan. Nascaya kerang akan terbuka sediri, jadi mudahlah untuk anda mengopeknya nanti.


hurmmm.. penat juga menaip ni. oklah, cukup dulu petua ni. nanti- nanti sambung lagi. hehehehe selamat mencuba!