Selasa, 29 Januari 2013

:: HOHOHO SUAMIKU KAH ITU??? ::



Coretan ini saya share adalah untuk Peringatan kepada saya sendiri dan rakan2 semua:

Ini kirteria suami yang perlu kaum hawa cari.....dan juga

Ini juga kriteria perlu kepada kaum adam (yang bujang atau sudah berkahwin ) supaya menjadi lelaki yang berjaya.....


Kata Ustaz Azhar Idrus:

Suami adalah pelindung isteri. Ramai kita para suami tidak melaksanakan tugas ini. Suami bukan cari makan saja. Kalau carimakan saja bukan suami namanya.

Suami yang sejati adalah SECURITY GUARD, pengawal keselamatan isteri....


Suami yang sejati, kalau orang datang hendak culik isteri, dia akan sanggup lawan sampai mati.

Suami yang sejati, kalau harimau terkam isteri, dia akan terkam balik kepada harimau itu.

Suami yang sejati, kalau buaya nak baham isteri, dia akan terjun ke atas buaya itu. Samada dia mati atau tidak, itu soal lain, sebab dia security guard isteri. Dia akan lindung isteri dia.

Ada ke suami macam tu? Yang ramainya bila tengok isteri jatuh sungai, walaupun takde buaya pon, hanya menjerit "tolong! tolong!" sampai isterinya terus lemas.

Susah nak cari suami macam ni. Baru kita sedar yang kita ni ramainya suami CAP AYAM hihihi...




:: 30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA ::

Wahai wanita di luar sana.. janganlah kita jadi segelintir wanita yg di murkai Allah.. Mohonlah keampunan di suami dan juga ahli keluarga selalu. semoga apa yg saya share ni dpt menambah ilmu pengetahuan anda. ^_^



1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram (insyaAllah takkan berlaku)
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya (alamak,kena usaha lg)
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram (tak suka salam dgn lelaki..haramm..)
15. Menyerupai lelaki (tak mungkin)
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain (oo..tak boleh rupanya)
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan (keluar rumah mesti ada keperluan)
19. Masuk permandian awam (elakkanlah, bahayaa..)
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah (meroyan ke?)
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal (mmg aku tak percaya)
25. Menyumpah anak-anak sendiri (harap2 tak)
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama Muslim
27. Menganiaya pembantu (takdok pembantu)
28. Mengganggu jiran (tak pernah ganggu pn)
29. Minta cerai kerana suami sakit (minta dijauhkan)
30. Minta cerai kerana suami bernikah lagi (minta dijauhkan)